Novel ini adalah hasil karya aku sendiri dari pengalaman hidup dan idea dari kawan-kawan. moga ianya menghiburkan kalian semua. jika ada komen yang berguna dan teguran yang memberangsangkan kemukakan saja. selamat membaca !!!

Thursday, March 01, 2012

IpKpKuDcCi -1-


“  Sha bilanya kau nak masuk DUAM ni ? naik berpoloh aku dah ni.dah lah aku tak de geng.  Suara Haniey tiba-tiba memecah kebisuan mereka.
“ Mungkin minggu depan aku dengan Fiza masuklah, kau ni tak sabar-sabar pulak, aku yang nak pindah sekolah bukan kau.” Dengan bersahaja Fisha menjawapnya. Padahal dalam hati masih berbelah bahgi samaada mahu pindah sekolah atau tidak. Berat hatinya hendak meninggalkan sekolah lamanya ini, SMK Tunku Kurshiah yang banyak dengan kenangan.
“Yolah, den tunggu kau, nak turun dah ni.jaga diri elok-elok !”. Pesan Haniey. Fisha baru perasan yang bas mereka baru saja melewati SMK Datuk Undang Abdul Manap (DUAM), sekolah barunya mulai minggu depan.

Bermulanya sebuah pertemuan
“ Kau tolong aku kacau seorang mamat ni boleh tak?, kat sekolah macam bagus je, muka boleh tahan tapi dia suka kacau aku.Kadang menyampah je aku tengok.” Pinta Haniey.

“Asal? Dia kacau macam mana? Kau nak suruh kita orang buat apa?” soal Fiza
“kau call dia, layan-layan ajak jumpa ke, aku saja nak tengok perangai dia macam mana je,bolehlah.”
Fiza berfikir sejenak, “emm, kang buatnya si Zuan Nampak mati aku.kaulah Sha kacau dia.bukan ada orang nak marah pun nantikan.” Cadang Fiza.

“eh,apsal aku pulak.tak reti aku nak ayat-ayat orang ni,siap nak jumpa bagai pulak tu. Tak mahulah.” Mentah-mentah ditolaknya.Bukan apa, memang tak dinafikan dia ramai kawan lelaki. So cara melayannya hanya sebagai kawan sajalah, bila di suruh untuk berborak dalam telefon adalah amat mustahil.

“ ala bolehlah sha, cakap dalam 5 minit pastu ajak jumpa dahlah.” Pujuk Haniey.
“ aku nak cakap apa masalahnya? Aduh…”
“pandai-pandai kaulah janji cakap.” Jawap Haniey.


Fisha  : Hallo ! assalammulaikum, ni Zizi ke?
Hazizi  : walaikummusalam, ye Zizi cakap. Sape ni?
Fisha  : oranglah tak kan gajah pulak.
Hazizi : saya tahulah orang, tapi sape? Tak de nama ke?
Fisha  : emm, tak payahlah awak tahu nama saya, saja nak kacau awak. Tengah boring ni.
Hazizi  : Mana awak dapat  nombor saya? Dari mana ni?
Fisha : kawan bagi, em saya dari Air mawang. Awak duk  Johol kan?
Hazizi : ni mesti kawan Haniey kan?
Fisha : aah, kawan Haniey. Awak buat apa tu? Saya tak ganggu awak ke?
Hazizi : tengah lepak-lepak dengan budak ni. Tengok orang main bola. Eh kita satu sekolah ke?
Fisha : eh, tak delah. Saya sekolah kat Kuala Pilah. Rumah je dekat sini.
Hazizi : oh, ingat satu sekolah tadi.mesti kenalkan.
Fisha : emm, baru nak kenallah awak. Oklah wak, syiling nak habis dah ni. Malam ni jumpa boleh tak ?
Hazizi : boleh kot, kat mana?
Fisha : awak datang sinilah. Jumpa kat tepi kedai Mara, dalam pukul 8.30 ok.
Haziz : ok, nanti jumpa ek. Assalammualikum.
Fisha : walaikummusalam…bye !


Malam itu seperti yang dirancang, pertemuan antara mereka. Bagi Fisha ianya sekadar pertemuan biasa yang  tidak memberi  apa-apa maksud. Sekadar memenuhi permintaan rakan karibnya Haniey.

“ Hai ! cik adik bertiga, buat apa malam-malam kat sini ha ?” soal Nasir yang entah dari mana munculnya. Nasir adalah satu-satunya kawan lelaki yang paling rapat dengan Fisha. Segala masalah dikongsi bersama.

“sibuklah kau ni, kalau kau tak berenggang dengan Fisha sehari tak boleh ke? Rimas akulah.” Jawab Fiza dengan nada geram. Takot Nasir menggangu rancangan mereka malam itu. Fisha hanya mampu tersenyum melihat perbalahan mereka. Dalam hatinya, hanya Tuhan yang tahu betapa lajunya ia berdegup.

Tiba-tiba Haniey bersuara. “ wei Sha tu Zizi dah sampai ha. Pergilah jumpa dia.”
“ala jomlah teman aku wei, seganlah.tadi janji nak temankan.” Pujuk Fisha sambil menarik tangan Fiza. Tanpa sedar mereka pun bertemu empat mata secara dekat. Jantungnya makin laju. 

“hai ! Zizi” sambil menghulurkan tangan. “emm, hai, Fisha” sambutnya.
“ lama dah tunggu?” soal Zizi sambil memerhati  gelagat Fisha.
“ baru je, ala bukan jauh pun. Rumah saya sebelah tu je.” Jawabnya dengan penuh yakin.
“ rumah kuning sebelah ni? Oh, dekat jelah ek.emm, awak kata sekolah kat Kuala Pilah? Asal jauh sangat? Macam kat sini tak de sekolah je.”

“jauh ke? Dah biasa wak, sebab baru je pindah sini. Dalam 5,6 bulan lah.” Terangnya lagi sambil curi-curi melihat wajah lelaki di depannya ini. Tapi hampa kerana keadaan agak gelap, lampu jalan juga agak hambar.
“oh, mana Haniey? Kawan dia kan?”
“ada kat sana. Nak saya panggil dia ke?”
“ tak payahlah, saya datang sini bukan nak jumpa dia pun.”
“oh,..” ringkas saja. Masing-masing mati akal untuk terus berbual. Dalam hati Fisha terus bermonolog sendiri, pandai sungguh lelaki ni bermain dengan kata-kata. Padahal dialah yang paling suka menyakat Haniey.

“amboi-amboi ! bukan main lagi dating kat sini ye? Hai Pele(Zizi) sampai sini kau cari Fisha. Ada apa-apa ke?”
“ kau kenal ke Fisha ni Nasir?” soal Zizi dengan nada yang agak pelik.
“apo tak kenal eh, dia nilah sahabat dunia akhirat aku.”
“oh ye ke, tak tahu pulak aku.” Tiba-tiba dia berasa cemburu dengan perhubungan mereka berdua yang lebih lama terjalin. Walaupun hanya sebagai sahabat, Zizi sendiri tidak pasti kenapa hatinya tercalar dengan kemesraan yang ada didepan matanya itu. 

“ ha yang kau Fisha tak reti-reti lagi nak balik ke? Dah pukul berapa dah ni? Kang hebohlah Cik Mail datang bawa penyapu.” Tegur Nasir pada Fisha yang seribu bahasa.
“dah pukul 10 ek?..em, awak saya balik dululah. Dah malam sangatlah.” Keluar suara manjanya tiba-tiba pada Zizi.
“oklah, lain kali jumpa lagi ye.baik-baik jalan.” Dengan nada yang agak kecewa Zizi membalas. Dalam otaknya macam-macam soalan lagi dia hendak tahu tapi tidak terluah.

Malam berlabuh dengan di sinari bintang-bintang yang berkelip indah. Bagi Fisha pertemuan itu cukup sampai di situ. Tiada apa perlu di ingatkan atau di kenangkan.  Namun dua hati telah ditemukan dan tanpa mereka sedar ada sesuatu perasaan yang akan menyatukan pertemuan itu kembali.

No comments:

Post a Comment