Novel ini adalah hasil karya aku sendiri dari pengalaman hidup dan idea dari kawan-kawan. moga ianya menghiburkan kalian semua. jika ada komen yang berguna dan teguran yang memberangsangkan kemukakan saja. selamat membaca !!!

Thursday, March 01, 2012

IpKpKuDcCi -2-


Khairi, awak tolong bawakan dua orang pelajar ni ke kelas. Saya ada mesyuarat pagi ni.” Pinta Puan Fatimah guru kelas  3 Kenanga.
“emm, kau dua orang ni dari mana? Baru duduk sini ek?” soal Khairi tanpa berlengah.
“aah,sebelum ni, Sekolah kat Kuala Pilah.tapi duk kat Air mawang.” Fiza menjawapnya memandangkan Fisha dari tadi membatukan diri. Agak gugup untuk berdepan dengan rakan yang belum dikenali.

“wahhhhh…ada awek baru masuklah wei ! cun-cun pulak tu, marilah duk sebelah abang,” tiba-tiba Irwan bersuara. Seraya itu satu kelas memandang mereka. Lagilah bertambah malu kedua gadis itu.
“ha kan dah merah muka, wei Fiza,Sha duduklah tempat kosong tu. Buat tak tahu je dengan mamat poyo ni.kita satu kelaslah la beb.” Tiba-tiba suara Haniey yang nyaring keluar dari hujung sudut kelas.
“kawan kau ke Haniey? Tak bagitahu pun.” Seloroh beberapa pelajar.
Masing-masing mengambil tempat duduk yang kosong itu. Meja mereka 3 orang sebaris. Fiza hanya duduk di depan Fisha dan betul-betul di depan meja guru. Dan secara kebetulan Fisha dapat duduk disebelah Nasir, kawan sehidup semati katanya.
Tanpa sedar, sudah separuh hari mereka menjadi warga SMK DUAM. Kali pertama satu kelas dengan pelajar lelaki. Mereka tidak kekok kerana sekolah lama adalah di tengah-tengah antara sekolah lelaki.
“wei Nasir, apsal Pele tak datang ha? Tak kan domam lak?” Faris satu-satunya kawan rapat Pele.
“ontah. Tak de bagitahu aku pun.” Jawapnya ringkas. Fisha hanya mendengar perbualan mereka. Pele? Apeke pelik nama orang tu? Pele permain bola Brazil tu ke? Hahahahah.getusnya dalam hati.

Selama senyummu menjadi senyumku
Hari ke 3 persekolahan mereka, sudah mula menyesuaikan diri dan keadaan sekitar. Agak mudah kerana ramai yang mereka sudah kenal kerana sekampung.  
Sape pulak mamat ni, dari tadi senyum-senyum dengan aku.kalau sekali tu tak pelah juga, ini tiap kali pandang. Aku kenal ke dia? Fisha bermonolog dalam hati sambil cuba memikirkan sepantas mungkin siapakah gerangan yang mempunyai senyuman yang manis itu.

Duduk saja Nasir disebelahnya, terus dia berpaling dan ingin menyoal senyuman yang menganggu emosinya sejak setengah jam tadi. “emm Nasir, kau kenal tak…..” tiba-tiba kata-kata itu terhenti dengan semengahnya dan cepat-cepat Fisha pusing mengadap ke depan.
“eh, kau ni kenapa? Tadi ye-ye sangat nak Tanya aku. Pastu ni tak jadi pulak.cakap jelah apa dia?”
“tak da papelah. Aku lupa pulak.” Hadus ! macam mana mamat tu duduk belakang ni pulak. Betul-betul belakang Nasir pulak tu. Oh ini Pele yang dia orang duk bualkan semalam. Boleh tahan jugak hemsem nya.
“Sha, aku kat luar rumah kau ni. Jomlah pergi pasar malam.” Suara Haniey tiba-tiba di hujung talian.
“aduh ! malasnya. Nak beli apa je? Emm, tunggulah jap.”  Malasnya amatlah tebal, pasar malam depan rumah je. Rumah Fishalah yang paling dekat antara yang lain.
Itulah runtin harian mereka setiap Rabu. Pasar malam. Padahal menunya sama. Sampai naik muak dan tak tahu nak beli apa dah.
“aku nak beli air je. Jom Fiza temankan aku.Kau Haniey, Dayah nanti dah habis beli tunggu kat bus stop okey.” Arah Fisha.
“Nasir !!! nak air biru tu. Bali laut kan?” soal Fisha manja. Macam tak biasa pulak dengan Nasir.
“ha? Jap busy, wei ! Pele tolong ambilkan air budak ni jap.”
Terus senyum melekar. “ lama menghilang? Apa barang lepak-lepak Air Mawang kan?” Soalnya dengan ramah.
Fisha hanya mampu senyum. Getusnya dalam hati lagi. Mamat hemsem ni lagi. Aku kenal ke? Memanglah satu kelas tapi tadi tak da pulak bertegur sapa. Tak boleh jadi ni.
“Nasir, aku kenal ke budak tu?” bisiknya pada Nasir. Fiza juga agak kehairanan.
“lah,yang kau berdua dating kat tepi kedai Mara hari tu apa bendanya? Tak kan kejap dah lupa. Sian Pele.” Dengan selamber Nasir menjawab dengan kuatnya.
Tepi kedai Mara.emm “ni Zizi ke?” soal Fisha ragu-ragu.
“ha la, nak panggil Zizi je. Pele nama glamour tak nak pulak kau.”
Fisha dan Fiza hanya mampu tersenyum. Macam manalah aku boleh tak perasan muka dia tu. Habis dah malam masa jumpa tu, mana nak nampak. Selepas berbual seketika mereka mengundur diri. Masing-masing menyimpan sesuatu dalam hati. Rasa yang tak pasti,  tetapi cukup menyenangkan, cukup membahagiakan, cukup membuaikan perasaan.

No comments:

Post a Comment